Pindah undi punca sokongan PN meningkat - Kian Ming

Ong Kian Ming
Ong Kian Ming
A
A
A

SHAH ALAM - Fenomena pindah undi daripada penyokong Barisan Nasional (BN) menyebabkan Perikatan Nasional (PN) hampir menguasai tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu sepenuhnya pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, pindahan undi itu terbukti berdasarkan data pengundian yang diperoleh apabila sokongan terhadap gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) dilihat sukar untuk menembusi undi pada PRN kali ini.

Namun menurutnya, PH bernasib baik kerana mampu mempertahankan kubunya meskipun dikatakan menang tipis.

“Saya rasa lebih 50 peratus boleh dikatakan telah berpindah undi daripada BN-UMNO kepada PN dan keputusan itu cukup jelas selepas PRN kali ini.

“Kita bernasib baik dapat mempertahankan Selangor dan menyebabkan Kerajaan Persekutuan ‘selamat’ kali ini,” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap bertajuk ‘post-match analysis’ sempena PRN 2023 bersama Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Kian Ming mengakui sokongan pengundi khususnya orang Melayu terhadap PN di beberapa negeri dilihat meningkat seperti di Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor

“Kenaikan sokongan yang begitu kuat terhadap PN di Negeri Sembilan sebanyak 37.1 peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebanyak 21.7 peratus dengan jumlah peningkatan 15.4 peratus.

“Di kedah naik daripada 54.3 peratus kepada 68.9 peratus, kenaikan sebanyak 14.6 peratus. Juga di Selangor dari 27.3 peratus kepada 37.peratus,” katanya.

Artikel Berkaitan: