Elavarasan akur bentuk pasukan terbaik dengan pilihan terhad

Elavarasa - Foto: Bernama
Elavarasa - Foto: Bernama
A
A
A

PENGENDALI skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, E Elavarasan akur perlu membentuk pasukan terbaik dengan pilihan pemain yang terhad menjelang Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 di Rayong,Thailand bermula Khamis ini.

Kejohanan sehingga 26 Ogos ini berlangsung di luar kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaksa Elavarasan tidak menyenaraikan beberapa pemain berprofil tinggi kerana komitmen bersama kelab masing-masing.

Bagaimanapun, Elavarasan mahu memanfaatkan situasi itu sepenuhnya bagi melihat potensi pemain yang belum pernah beraksi, selain memperbaiki kelemahan skuad Harimau Muda untuk menghadapi tugasan lebih getir pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Thailand, bulan depan.

"Ini tanggungjawab jurulatih, setiap tugasan kami kena buat yang terbaik, setiap masa perlu bertambah baik kemudian kualiti dan konsistensi akan datang. Ini kem (latihan) keenam kita sepatutnya sudah tahu kelemahan dan kekuatan kita, kita perlu majukan lagi pasukan.

Skuad bawah 23 (B-23) negara menjalani latihan sempena persiapan temasya Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto: Bernama
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Skuad bawah 23 (B-23) negara menjalani latihan sempena persiapan temasya Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto: Bernama --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA



"Ini (kejohanan B-23 AFF 2023) adalah kejohanan ketiga kita...pertama Piala Merlion (Mac) kemudian kita ada Sukan SEA (Mei). Kesemua (kejohanan) ini kita gabungkan bagi majukan pasukan untuk kelayakan Piala Asia B-23,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Skuad B-23 kebangsaan muncul juara Piala Merlion yang berlangsung di Singapura dan terkandas di peringkat kumpulan pada Sukan SEA 2023 yang berlangsung di Kemboja.

Sementara itu, beliau berkata, pilihan pemain yang terhad tidak memberi tekanan kepada barisan kejurulatihan, sebaliknya mereka turut menimba banyak pengalaman berharga sejak bersama pasukan antaranya perlu mempersiapkan pasukan dalam tempoh yang singkat menjelang kejohanan.

Artikel Berkaitan:

"Ini kejohanan ketiga untuk kami (barisan jurulatih), kami juga raih banyak pengalaman, saya rasa kami semakin matang dengan cara persiapan tiga hingga empat hari sebelum kejohanan dan kami bersama dengan kelab masing-masing sebelum itu...jadi banyak yang kami memperbaiki sepanjang perjanan,” katanya.

Pada Kejohanan B-23 AFF 2023, Malaysia, yang menyasarkan layak ke final, diundi dalam Kumpulan B bersama Timor Leste dan juara Sukan SEA 2023, Indonesia dengan juara setiap kumpulan bersama naib juara terbaik akan layak ke peringkat separuh akhir.

Kumpulan A menghimpunkan pasukan tuan rumah Kemboja, Brunei dan Myanmar sementara Kumpulan C dibarisi juara bertahan Vietnam, Filipina dan Laos.

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan itu adalah menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.

Pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024, Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand, Bangladesh dan Filipina dengan juara setiap kumpulan serta empat naib juara terbaik layak ke pusingan akhir di Qatar yang menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

-- BERNAMA

TAG: bola sepak,