Saya ada 'pasukan besar' di belakang - Dr Hafidzah

Dr Hafidzah (tiga dari kiri) bertemu pengundi sebagai tanda ucapan terima kasih selepas memenangi kerusi DUN Kota Lama pada Isnin.
Dr Hafidzah (tiga dari kiri) bertemu pengundi sebagai tanda ucapan terima kasih selepas memenangi kerusi DUN Kota Lama pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Wakil rakyat Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menegaskan dia mempunyai 'pasukan besar' yang sedia membantu membangkitkan isu-isu setempat dan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sepanjang tempoh lima tahun ini.

Beliau berkata, isu-isu dasar yang memberikan kesan kepada rakyat akan diberikan tumpuan untuk dibangkitkan pada sidang itu nanti.

"Walaupun suara PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional) minoriti dalam DUN, namun dukungan dari pucuk pimpinan pusat...mudah-mudah kami dapat memainkan peranan semak dan imbang dengan baik.

"Demi kepentingan rakyat," katanya semasa sidang akhbar Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan di sini pada Isnin.

Hadir sama ialah Pengerusi Amanah Kelantan, Khalid Samad.

Menurut beliau, kemenangan di DUN Kota Lama itu hasil kerjasama kukuh antara PH dan BN.

Dr Hafidzah
Dr Hafidzah

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Khalid.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih juga kepada Dr Ahmad Razuki (BN Kota Lama) dan Pengerusi Wanita Amanah Kota Lama atas kerja keras termasuklah seluruh jentera.

"Tanpa kerjasama ini, mungkin kita tidak akan sampai kepada semua pengundi.

"Kemenangan ini adalah kemenangan untuk rakyat," katanya.