Sila log masuk terlebih dahulu.

Sungai Skudai tercemar perlu transformasi - Onn Hafiz

13 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 13 OGOS 2023

Bukan sahaja air berbau, malah sampah sarap seperti bangkai haiwan, botol plastik dan lampin pakai buang mencemari Sungai Skudai, Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor azura Md Amin.

Keadaan itu mengundang rasa dukacita Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengenai kebersihan Sungai Skudai yang terletak di tengah bandar raya.

Jelasnya, Sungai Skudai perlu berubah menjadi sungai bersih melalui tranformasi yang dilakukan di sungai sepanjang 52 kilometer (km).

Onn Hafiz menekankan 10 perkara dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pembersihan sungai berjalan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/273575/edisi/johor/mb-johor-kecewa-sungai-skudai-terus-tercemar

Muzik: www.bensound.com