[VIDEO] MB Johor kecewa Sungai Skudai terus tercemar

A
A
A

JOHOR BAHRU - Bukan sahaja air berbau, malah sampah sarap seperti bangkai haiwan, botol plastik dan lampin pakai buang mencemari Sungai Skudai.

Keadaan itu mengundang rasa dukacita Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengenai kebersihan Sungai Skudai yang terletak di tengah bandar raya.

"Semasa menjalankan kerja pembersihan Sungai Skudai tadi, saya nampak banyak bangkai haiwan seperti ayam dan ikan, itu tidak termasuk plastik sampah dan lampin pakai buang.

Onn Hafiz bersama sukarelawan membersihkan Sungai Skudai sempena program Johor Bersih pada Ahad.
Onn Hafiz bersama sukarelawan membersihkan Sungai Skudai sempena program Johor Bersih pada Ahad.

"Sungai Skudai perlu berubah (dahulunya antara sungai paling tercemar dalam negara) menjadi sungai bersih melalui tranformasi yang dilakukan di sungai sepanjang 52 kilometer (km) itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program pembersihan Sungai Skudai sempena Johor Bersih pada Ahad.

Onn Hafiz meninjau keadaan Sungai Skudai pada Ahad.
Onn Hafiz meninjau keadaan Sungai Skudai pada Ahad.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menekankan 10 perkara dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pembersihan sungai berjalan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, antara perkara tersebut ialah penguatkuasaan empat lokasi perkampungan setinggan dan dua lokasi pencerobohan, penguatkuasaan tapak pembuangan sampah haram, pembersihan fizikal Sungai Skudai (sistem mekanikal) serta cadangan membina perangkap sampah dan penguatkuasaan pelepasan air sisa.

"Selain itu, cadangan menaik taraf perangkap sampah sedia ada, mewujudkan Taman Pesisir Air Eko Sungai Skudai, cadangan denai sungai dan penghutanan semula Sungai Skudai turut akan dilaksanakan.

"Pelan ini sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun, namun saya minta ini dipendekkan kepada tempoh lima tahun, kerjasama semua pihak adalah penting khususnya masyarakat setempat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,000 rumah setinggan di jajaran Sungai Skudai akan dipindah