PRN: PN tepati ramalan kekal di Kedah

Muhammad Sanusi bersama penyokong PN di Kompleks Pas selepas keputusan PRN diumumkan.
Muhammad Sanusi bersama penyokong PN di Kompleks Pas selepas keputusan PRN diumumkan.
A
A
A

ALOR SETAR - Perikatan Nasional (PN) Kedah mengulangi kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila menang besar dengan memperoleh lebih dua pertiga majoriti di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.

PN menepati ramalan kekal menguasai Kedah apabila hampir menyapu bersih 33 daripada 36 kerusi DUN di negeri ini.

Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh tiga kerusi menerusi dua wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Bakar Arang dan Sidam yang dimenangi oleh Loh Wei Chai dan Bau Wong.

DAP pula hanya mampu mengekalkan satu-satunya kemenangan di DUN Kota Darul Aman, apabila Teh Swee Leong mempertahankan kerusi disandang dengan mengalahkan calon PN, Chua See Seng dari Gerakan.

Sementara Parti Amanah Negara (Amanah) gagal memperoleh sebarang kerusi dalam PRN kali ini.

Rakan pakatan PH, Barisan Nasional (BN) turut gagal meraih sebarang kerusi yang sebelum ini memiliki dua wakil rakyat di DUN Kedah.

Secara keseluruhan, 33 kerusi DUN milik PN dimenangi oleh Pas dengan 21 kerusi, diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebanyak 11 kerusi serta satu milik Gerakan.

DUN Jeneri yang ditandingi 'panglima perang' PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memperoleh 21,823 undi berbanding calon BN, Datuk Muhammad Khizri Abu Kassim sebanyak 5,773 undi, dengan majoriti 16,050.

Artikel Berkaitan:

Pas menang bergaya di DUN Ayer Hitam yang dimenangi oleh Azhar Ibrahim, Kuala Nerang (Munir Zakaria), Pedu (Mohd Radzi Md Amin), Bukit Lada (Salim Mahmood), Βukit Pinang (Datuk Wan Romani Wan Salim), Alor Mengkudu (Muhammad Radhi Mat Din), Anak Βukit (Rashidi Razak), Jitra (Haim Hilman Abdullah).

DUN Pengkalan Kundor (Mardhiyyah Johari), Tokai (Datuk Dr Mohd Hayati Othman), Sungai Limau (Mohd Azam Abd Samat), Gurun (Baddrol Bakhtiar), Belantek (Ahmad Sulaiman), Bukit Selambau (Azizan Hamzah), Tanjong Dawai (Hanif Ghazali), Pantai Merdeka (Shahrir Long), Kupang (Datuk Najmi Ahmad), Kuala Ketil (Mansor Zakaria), Merbau Pulas (Datuk Siti Ashah Ghazali), Kulim (Mohd Suffian Yusoff) dan Bandar Baharu (Mohd Suffian Yusoff).

Bersatu menguasai DUN Ayer Hangat yang dimenangi oleh Shamsilah Siru, Kuah (Amar Pared Mahamud), Κοta Siputeh (Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir), Bukit Kayu Hitam (Datuk Halimaton Shaadiah Saad), Derga (Muhammad Amri Wahab), Suka Menanti (Dzowahir Ab Ghani), Kubang Rotan (Datuk Mohd Salleh Saidin), Sungai Tiang (Abdul Razak Khamis), Guar Chempedak (Abdul Ghafar Saad), Bayu (Mohd Taufik Yaacob), Lunas (Khairul Anuar Ramli).

Parti Gerakan pula menang di DUN Kulim yang diwakili Wong Chia Zhen.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!