PRN: Polis Terengganu tutup, lencong jalan halang perarakan

Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar ini mendapati laluan berkenaan mula ditutup seawal jam 10 malam.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar ini mendapati laluan berkenaan mula ditutup seawal jam 10 malam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Beberapa laluan utama di bandar ini ditutup dan dilencongkan dipercayai untuk menghalang sebarang aktiviti perarakan oleh mana-mana parti politik yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar ini mendapati laluan berkenaan mula ditutup seawal jam 10 malam.

Susulan itu, kesesakan yang agak teruk berlaku memandangkan ramai pengguna tidak mendapat maklumat mengenainya.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan pada Sabtu memaklumkan pihaknya melarang sebarang aktiviti perarakan bagi meraikan kemenangan calon yang bertanding dalam PRN kali ini.

Ujarnya, antara bentuk perarakan yang dilarang itu termasuk konvoi, memasang bunga api, vandalisme dan sebagainya.

Sehubungan itu, pihaknya akan mengaturkan pencegahan dengan mendirikan sekatan jalan raya (SJR), rondaan Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), trafik dan pasukan cantas.

Langkah ini dibuat katanya, bagi memastikan ketenteraman awam berada dalam ekadaan yang baik dan aman.

Artikel Berkaitan: