[RASMI] Ustaz Zamri Mantop menang kerusi DUN Sungai Burong

Mohd Zamri (tiga dari kiri) semasa meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong pada Sabtu.
Mohd Zamri (tiga dari kiri) semasa meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Mohd Zamri atau dikenali sebagai Ustaz Zamri Mantop memenangi kerusi itu selepas memperoleh majoriti 6,842 undi menewaskan calon daripada Barisan Nasional (BN), Mohamad Khir Ramli.

Mohd Zamri mendapat 15,447 undi mengalahkan Mohamad Khir yang memperoleh 8,605 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi itu dimenangi calon BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias selepas memperoleh majoriti 2, 330 undi.

Mohd Shamsudin mendapat 8, 741 undi menewaskan Mohd Zamri daripada Pas yang memperoleh 6, 411 undi dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Tarmizi Lazim meraih 5,323 undi.

Artikel Berkaitan: