Pemandu lori 'rambo' antara kesalahan dikesan JPJ

Antara lori yang ditahan bagi pemeriksaan menerusi Operasi Kenderaan Perdagangan pada Selasa. Gambar kecil: Keadaan tayar yang tidak selamat untuk digunakan antara dikesan menerusi Operasi Kenderaan Perdagangan pada Selasa.
Antara lori yang ditahan bagi pemeriksaan menerusi Operasi Kenderaan Perdagangan pada Selasa. Gambar kecil: Keadaan tayar yang tidak selamat untuk digunakan antara dikesan menerusi Operasi Kenderaan Perdagangan pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan yang dikesan melibatkan pemandu lori menerusi Operasi Kenderaan Perdagangan pada Selasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 8 pagi sehingga 1 petang di sekitar Bandar Mahkota Cheras dan Bukit Kapar, Meru.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan melibatkan 50 buah lori dan sebanyak 35 notis telah dikeluarkan kepada pemandu serta pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan yang dikesan.

"Antara kesalahan utama yang telah dikesan adalah tiada lesen memandu, lesen memandu temat tempoh, tiada lesen GDL dan cukai jalan tamat tempoh.

"Selain itu, kesalahan lain dikesan turut melibatkan tiada perlindungan insuran, cermin gelap, kesalahan teknikal dan membawa lebih muatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, semua pengusaha pengangkutan dan pemandu terutama kenderaan perdagangan diingatkan agarsentiasa mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.

"Pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan akan sentiasa dijalankan bagi mematuhi peraturan ditetapkan sentiasa dipatuhi.

"Pengusaha bertanggungjawab untuk memastikan lori mereka sentiasa berada dalam keadaan baik, selain pemandu mempunyai lesen yang sah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ahmad Kamarunzaman turut meminta masyarakat bersama-sama dalam memainkan peranan penting dalam menyalurkan sebarang aduan berkaitan kesalahan trafik kepada JPJ.

"Masyarakat adalah mata dan telinga pihak JPJ, kerjasama mereka amat penting dalam memastikan pematuhan peraturan jalan raya itu dipatuhi oleh semua pihak terlibat.

"Sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya.