'Satu undi hanya untuk Reezal Merican bukan Ahmad Zahid' - KJ

Khairy (kanan) dan Reezal (dua dari kiri) ketika turun berkempen di Pekan Lama Kepala Batas, pada Khamis.
Khairy (kanan) dan Reezal (dua dari kiri) ketika turun berkempen di Pekan Lama Kepala Batas, pada Khamis.
A
A
A

KEPALA BATAS - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam akan memilih calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Khairy berkata, walaupun dikatakan ramai yang enggan mengundi calon BN disebabkan faktor tertentu namun beliau berharap mereka ketepikan seketika BN dan melihat kepada kebolehan yang dimiliki oleh Reezal.

"Sangat penting (untuk keluar mengundi) sebab tanggungjawab kita untuk pilih calon terbaik. Di Bertam ini saya tahu ada ramai enggan mengundi calon BN disebabkan faktor tertentu. Ketepikan BN itu sekejap, tengok Reezal Merican. Undilah beliau.

"Satu undi untuk Reezal Merican (hanya) untuk Reezal Merican, tak lebih daripada itu. Satu undi untuk Reezal Merican bukan untuk Zahid Hamidi," katanya ketika ditemui media selepas turun berkempen bersama Reezal Merican di Pekan Lama Kepala Batas, di sini pada Khamis.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau turun ke Bertam bagi membantu kempen Reezal disebabkan calon BN itu adalah sahabat baiknya dalam UMNO selain bersama dengannya dalam kabinet sebelum ini.

"Saya datang kerana selain kawan, saya tahu dia boleh buat kerja, saya bersama dia dalam kabinet dah lama. Beliau bersama saya dalam Pemuda UMNO, jadi ketua penerangan saya tahu dia boleh buat kerja, pandai, ada macam-macam pengalaman di peringkat tertinggi sama ada dalam parti mahupun kerajaan.

"Selain itu, sebab saya datang disebabkan Bertam ini adalah kampung Pak Lah (Tun Abdullah Badawi).Reezal adalah pewaris perjuangan Pak Lah di sini.

"Saya tak nak dia terputus sebab Pak Lah jadi wakil rakyat di sini sejak 1970-an dan diteruskan oleh Reezal walaupun pada PRU yang lepas ada sedikit gangguan tapi saya harap untuk PRN kali ini di Bertam, Reezal dapat meneruskan perjuangan tersebut," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Pada PRN kali ini, Reezal Merican yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersaing satu lawan satu dengan pencabarnya, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq bagi merebut kerusi DUN Bertam.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!