Komited jayakan 7 Teras Nadi Keunggulan KPM

Pemerkasaan sektor pendidikan negara di landasan betul

A
A
A

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Hj Pkharuddin Hj Ghazali meneliti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Hj Pkharuddin Hj Ghazali meneliti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

TUMPUAN dan pelaksanaan Tujuh Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meletakkan sektor pendidikan negara berada pada jajaran yang betul terutamanya dalam menghadapi cabaran pada masa depan.

Lengkap serta menyeluruh, pelaksanaan tujuh teras yang merangkumi komunikasi di antara kementerian dan sekolah, penekanan aspek karamah insaniah, kemiskinan berbilang dimensi B40, keciciran dan masalah literasi, kebajikan para guru, peningkatan infrastruktur sekolah serta peningkatan keupayaan digital dilihat cukup untuk memastikan sektor pendidikan diperkasakan dengan jayanya.

Kesungguhan KPM dalam memastikan hala tuju dan matlamat ketujuh-tujuh teras ini dicapai dapat dilihat menerusi senarai pelaksanaan gerak kerja serta pencapaian dalam tempoh tujuh bulan tahun ini antaranya melibatkan bantuan persekolahan, penyediaan infrastruktur, penyediaan sumber pendidikan berkualiti, menangani isu bebanan para guru termasuklah pengisian program-program persekolahan.

Dari bulan Januari hingga Julai 2023, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan KPM untuk memperkasakan sektor pendidikan negara. Semua inisiatif ini dijajarkan berdasar kepada 7 Teras Nadi Keunggulan KPM.

Sorotan Januari-Julai 2023: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Inisiatif Pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Bangunan Daif di Sekolah Seluruh Negara Tahun 2023

1. 417 projek sambungan dan baharu telah diluluskan pada tahun 2023.

2. Peruntukan siling tahunan - RM923.97 Juta.

3. 327 daripada 417 projek (78%) yang diluluskan adalah di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyantuni murid SK Pulau Beluru, Sekolah Komprehensif 9 (K9) di Tumpat, Kelantan. KPM komited memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyantuni murid SK Pulau Beluru, Sekolah Komprehensif 9 (K9) di Tumpat, Kelantan. KPM komited memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid.

Peruntukan Khas Kerja Naik Taraf dan Penyelenggaraan Kecil Institusi Pendidikan Kerajaan

1. Fokus utama kepada penyelenggaraan tandas dan kerja penyelenggaraan lain.

2. Peruntukan keseluruhan RM600 juta.

3. Melibatkan lebih 8,000 buah sekolah dan institusi pendidikan lain kerajaan dengan peruntukan RM70,000 bagi setiap sekolah/institusi pendidikan lain.

Inisiatif Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

1. Memberi manfaat kepada 700,000 orang murid dengan kos keseluruhan RM777 juta.

2. Kenaikan kadar RMT daripada RM2.50 kepada RM3.50 di Semenanjung Malaysia dan RM4.00 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tumpuan kepada pemerkasaan sektor pendidikan menjadi keutamaan KPM bagi melahirkan generasi negara yang berdaya saing pada masa depan.
Tumpuan kepada pemerkasaan sektor pendidikan menjadi keutamaan KPM bagi melahirkan generasi negara yang berdaya saing pada masa depan.

3. KPM juga menyediakan Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) kepada semua murid prasekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) yang majoritinya dalam kalangan keluarga B40.

4. BMP memberi manfaat kepada 200,000 orang murid prasekolah.

5. Bagi Program Susu Sekolah, sekotak susu diberikan bagi setiap hari persekolahan dan dilaksanakan secara tender terbuka.

Inisiatif Sekolah Komprehensif 9 (K9) dan Komprehensif 11 (K11)

1. Sekolah Komprehensif 9 (K9) dan Komprehensif 11 (K11) memberi peluang pendidikan kepada murid peringkat rendah dan menengah di sekolah yang sama bagi menangani isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli.

2. Sehingga kini, terdapat 12 buah program Sekolah K9 dan dua Sekolah Rintis K11 yang sedang beroperasi di seluruh negara.

3. KPM telah meluluskan peluasan sekolah K9 dan K11 dengan pertambahan sembilan buah sekolah lagi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying aktif membuat tinjauan ke sekolah-sekolah bagi memastikan infrastruktur dan operasi sekolah berada dalam keadaan terbaik.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying aktif membuat tinjauan ke sekolah-sekolah bagi memastikan infrastruktur dan operasi sekolah berada dalam keadaan terbaik.

Dasar Pendidikan Digital

1. Dasar Pendidikan Digital – bertujuan untuk meningkatkan penguasaan digital dalam kalangan murid, guru dan pemimpin sekolah.

2. KPM telah memulakan usaha untuk memperkasa ekosistem digital di sekolah-sekolah seluruh negara.

Penyediaan Sumber Pendidikan Berkualiti

KPM sentiasa berusaha memastikan penyediaan akses dan kandungan digital sumber pendidikan yang berkualiti dalam pelbagai format.

1. Bahan Pembelajaran - RM33.5 juta untuk membangun, menghasil dan menyebarkan sumber pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid dan guru di seluruh negara.

2. Pembelian Buku Teks - RM121.6 juta untuk memastikan semua murid mendapat buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

3. Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) – RM 95.4 juta bagi pembekalan buku teks dan bahan bacaan tambahan serta penghasilan bahan pembelajaran digital.

4. Naik Taraf Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Premis Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi Inisiatif Pendidikan Digital.

5. Pembekalan kelengkapan peralatan studio digital dan pembangunan ‘digital maker hub’ (DMH) di sekolah merangkumi kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

Program Gotong-Royong Madani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023

1. Peruntukan RM20 juta untuk pelaksanaan program gotong-royong di sekolah. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah, mengeratkan kerjasama antara sekolah dan komuniti serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

2. Program yang berlangsung dari Julai-September 2023 yang melibatkan lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KPM, Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi (depan, kanan) meninjau tapak projek serta mendengar penerangan mengenai pembinaan infrastruktur sekolah.
Ketua Setiausaha KPM, Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi (depan, kanan) meninjau tapak projek serta mendengar penerangan mengenai pembinaan infrastruktur sekolah.

Inisiatif 7 Langkah KPM Atasi Beban Guru

1. Semua jenis sambutan/majlis/pertandingan yang tidak memberi impak terhadap pembelajaran murid dimansuhkan.

2. Semakan elemen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) hanya dilakukan setahun sekali sahaja.

3. Tempoh isi rekod APDM kini dilanjutkan kepada pukul 12 bagi sesi pagi dan pukul 5 bagi sesi petang.

4. Pelantikan pengawas peperiksaan awam akan dibuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan dan pelajar IPG serta IPT.

5. Sambutan Hari Guru Tahunan kini diadakan hanya di peringkat Kebangsaan dan peringkat sekolah.

6. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) kini hanya perlu libatkan tiga elemen utama iaitu objektif, pengajaran dan refleksi.

7. Guru kini diberi autonomi penuh untuk merancang PdP dan PBD dengan merujuk DSKP.

No Image Caption

Inisiatif Pengisian Minggu Pertama Persekolahan

Minggu pertama persekolahan perlu diisi dengan program seperti permainan, riadah, aktiviti minda dan projek reka cipta yang bertujuan untuk:

1. Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang.

2. Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif.

3. Merupakan sebahagian pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dapat memupuk nilai.

4. Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti.

5. Memupuk sikap kerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti.

6. Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi

Website: www.moe.gov.my

Facebook: @KemPendidikan

Instagram: @kempendidikan

Tik Tok: @KemPendidikan

Twitter: @KemPendidikan