PN tumpu isu miskin bandar, bela nasib rakyat bawahan

Mohamed Azmin. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TAIB
Mohamed Azmin. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TAIB
A
A
A

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) akan menumpukan kepada isu miskin bandar agar nasib golongan berkenaan terbela.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, antara tawaran PN ialah menawarkan skim mikro kredit Hijrah bernilai RM500 juta iaitu bantuan bagi mengupayakan usahawan kecil, peniaga kecil mendapat modal mengembangkan perniagaan.

"Golongan ini tidak layak untuk buat pinjaman di bank, kalau boleh pun kadar faedahnya tinggi.

“Mereka tidak ada sebarang aset untuk dijadikan sebagai cagaran untuk dapatkan pinjaman RM10,000 hingga RM50,000 tanpa kadar faedah.

“Menerusi skim ditawarkan , mereka boleh bayar dengan kadar minima setiap bulan supaya boleh gunakan modal untuk besarkan warung, premis termasuk beli peralatan baru untuk masakan dan dapur dan meningkatkan produktiviti supaya hasil pendapatan dapat dipertingkatkan terhadap keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sinar Live ‘Langkah Selangor Baharu’ yang disiarkan disemua platform Sinar Harian pada Selasa.

Jelasnya, sebahagian besar yang ada adalam tawaran PN untuk rakyat Selangor adalah inisiatif-inisiatif yang baharu.

Artikel Berkaitan:

Mohamed Azmin pada program Sinar Live ‘Langkah Selangor Baharu’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TAIB
Mohamed Azmin pada program Sinar Live ‘Langkah Selangor Baharu’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TAIB

“Sebab itu saya tegaskan tawaran PN ini mencakupi pelbagai sektor, pertama kita mahu membangunkan Selangor sebagai Super Smart State,Selangor tidak boleh ditakuk yang lama, ini prinsip kita,

“Kedua kita ingin membangunkan Selangor dengan ekonomi yang Lestari mampan,ini sesuatu yang besar kita bincang soal industri masa hadapan,” katanya.

Mengulas mengenai 7 tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran untuk rakyat Selangor, beliau berkata PN juga tidak mahu industri perdagangan dan Pelabuhan di Selangor ini bergantung kepada tenaga kerja asing.

“Kalau ini berterusan produktiviti negara akan merudum dan ianya tidak dapat memberikan manfaat kepada anak-anak muda.

“Apa yang kita tawarkan hari ini ialah kita mahu membangunkan industri masa hadapan yang berteknologi tinggi, berinovasi,supaya anak muda di Selangor ini dapat mementingkan inovasi, kemahiran mereka dan diberikan peluang untuk mendapat pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi,” kata Mohamed Azmin.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan kerajaan negeri perlu menyakinkan pelabur asing untuk datang ke Selangor.

“Walaupun saya tidak ada di Selangor tahun lalu, (2022) ketika saya berada di Kementerian Antarabangsa dan industri (MITI), saya telah berjaya membawa Amazon web services dengan pelaburan 25 bilion ringgit dalam tempoh 15 tahun masuk ke negeri Selangor.

“Saya bukan menteri besar maksudnya, tapi saya ambil perhatian anak Selangor mesti terus dapat pekerjaan yang berkualiti,maka saya wujudkan peluang ini menerusi kemasukan pelabur berkualiti,” ujarnya.

Calon PN DUN Hulu Kelang itu berkata, PN juga komited untuk memberdayakan wanita menerusi satu insentif baru di mana wanita-wanita di negeri Selangor yang mempunyai kelayakan tinggi, profesional mempunyai karier baik namun potensi terhalang kerana mereka terpaksa berhenti kerja kerana mempunyai komitmen sebagai isteri.

“Mereka tak mampu hantar anak ke pusat penjagaan anak-anak ini kerana sistem pendidikan kita bermula dari tujuh tahun ke atas.

“Bila mereka hendak hantar anak mereka untuk mendapat pendidikan awal ke tadika swasta kosnya tinggi.

“Jadi PN komited untuk membina 20 pusat jagaan kanak-kanak setahun denagn sasaran 100 buah dalam tempoh lima tahun yang mempunyai kemudahan moden dan canggih termasuk anak-anak OKU dan tenaga pengajar dan pendidik yang profesional,” katanya.

Jelasnya, perkhidmatan itu diberikan secara percuma dan wanita di Selangor boleh terus bekerja tingkatkan potensi mereka, bangunkan negeri Selangor tetapi anak mereka di jaga oleh kerajaan negeri dengan selamat.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN:PN tawar tambang bas sekolah percuma untuk anak Selangor

PRN: PN tawar bantuan bulanan RM400 ringan beban rakyat Selangor

PN Selangor tawar 112 inisiatif jika menang PRN