PRN: Tidak jadi calon, rancak berkempen

Idris (kanan) bersama Mohd Nazlan semasa turun padang ke DUN Limbongan, Pasir Puteh.
Idris (kanan) bersama Mohd Nazlan semasa turun padang ke DUN Limbongan, Pasir Puteh.
A
A
A

PASIR PUTEH - Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memuji tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah yang rancak membantu calon parti itu pada pilihan raya negeri (PRN).

Beliau berkata, tindakan itu patut dijadikan contoh oleh seluruh ahli Pas.

"Masya-ALLAH...hebat Ustaz Nazlan, walaupun bukan beliau yang menjadi calon, bekerja macam calon.

Prestasi sebagai wakil rakyat pun baik, tetapi apabila diputus oleh parti untuk diganti dengan Ustazah Asilah, maka dia akur," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Menurut beliau, tindakan itu memperlihatkan Mohd Nazlan sedar bahawa calon bukan hak peribadi tetapi keputusan parti.

Ujarnya, akhlak seperti itu boleh melangkah lebih jauh dalam menjadi pemimpin masa depan parti.

Sebelum ini Mohd Nazlan merupakan ADUN Limbongan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Bagaimanapun pada PRN kali ini namanya digugurkan sebagai calon dan diganti oleh Nor Asilah Mohamed Zin.

Artikel Berkaitan:

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!