PRN: Lebih 15 peratus keluar mengundi awal setakat 9 pagi

Anggota polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Pusat Pengundian Awal Dewan D'Ceranan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sempena Pilihan Raya Negeri Selangor hari ini. - Foto Bernama
Anggota polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Pusat Pengundian Awal Dewan D'Ceranan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sempena Pilihan Raya Negeri Selangor hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peratusan keluar mengundi bagi undi awal di enam negeri yang mengadakan pilihan raya negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah lebih 15 peratus setakat 9 pagi ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kelantan merekodkan peratusan tertinggi iaitu 23 peratus, diikuti Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 22 peratus manakala Terengganu, 20 peratus.

Negeri Sembilan pula merekodkan 19 peratus; Selangor 17 peratus manakala peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 16 peratus.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. - Bernama

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan: