Dua pelajar SMK Chabang Empat maut dirempuh kereta

Salah seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Tumpat.
Salah seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Dua pelajar perempuan maut manakala seorang cedera selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Pasir Puteh di sini hari ini.

Mereka bertiga adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat ketika itu dalam perjalanan ke sekolah.

Dalam kejadian jam 7.24 pagi tadi, Siti Norhanim Alia Hamid, 17, yang menunggang motosikal bersendirian maut di tempat kejadian.

Rakan mangsa, Nor Asmidar Iliana Abdullah, 17, pula menunggang motosikal lain bersama adiknya meninggal dunia di Hospital Tumpat.

Adik mangsa yang membonceng, Puteri Balqis Abdullah, 13, cedera dan dikejarkan ke Hospital Tumpat.

Artikel Berkaitan: