Kampung Pulau Tongkang

No Image Caption
A
A
A

Permandangan dari udara Kampung Pulau Tongkang, Tumpat, ketika tinjauan hari ini.

Menjejaki beberapa kawasan pulau yang terdapat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran, Melihat sendiri kehidupan dan aktiviti harian yang dijalankan dengan menjadikan bot sebagai 'nadi' pengangkutan utama mereka.

Terdapat 14 buah Kampung yang berpenghuni dalam gugusan pulau di Delta Sungai Kelantan di DUN Kelaboran antaranya Pulau Suri, Pulau 100, Pulau Beluru, Teluk Renjuna, Pantai Baru, Pulau Tongkang, Pulau Haji Nik Mat dan Pantai Timun

Rata-rata mereka yang bekerja sebagai nelayan, pastinya sudah mahir menggunakan bot, malah tidak kurang hebatnya aksi kaum wanita dan anak-anak muda yang sudah arif dengan laluan sungai untuk ke jeti berhampiran sambil mengemudi bot.

Walaubagaimana pun masih banyak lagi keperluan diperlukan di kawasan ini terutamanya kemudahan infrastruktur asas seperti bot awam, jeti dan jalan simen tidak bertar yang terdapat di kampung berkenaan. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Operasi Bersepadu JPJ-WPKL

No Image Caption
GALERI

Kenderaan Transit Aliran Automatik

No Image Caption
GALERI

Jeram Pasu kering