Batik Air terpilih pengendali laluan KUL-ISG - PM

Batik Air telah terpilih sebagai pengendali bagi laluan Kuala-Lumpur - Istanbul Sabiha Gocken International Airport (KUL-ISG).
Batik Air telah terpilih sebagai pengendali bagi laluan Kuala-Lumpur - Istanbul Sabiha Gocken International Airport (KUL-ISG).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Batik Air telah terpilih sebagai pengendali bagi laluan Kuala-Lumpur - Istanbul Sabiha Gocken International Airport (KUL-ISG) dan penerbangan syarikat itu akan bermula pada Oktober tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan daripada komitmen pelaburan Malaysia Airport Holding Bhd sebanyak 200 juta pound Britain (1 pound Britain=RM5.78) di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pagi ini selepas mengadakan pertemuan secara maya bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan semalam (5 ogos).

Anwar turut ditemani Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir.

Untuk rekod, jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye pada tahun 2022 berjumlah AS$4.62 bilion (meningkat sebanyak 12.6 peratus) (AS$1=RM4.56).

Jumlah lebihan dagangan sebanyak AS$3.33 bilion dicatatkan apabila Turkiye mengimport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit dari negara ini.

Anwar juga berkata, dalam sesi tersebut, Presiden Erdogan memberikan komitmen jelas bahawa beliau akan berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memenuhi undangannya untuk memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

"Saya dan Presiden Erdogan turut bersetuju untuk bersemuka semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan depan,” katanya. - Bernama