Mohon naik taraf surau taman kepada masjid

Surau Taman Pasak Indah yang dimohon untuk dinaik taraf sebagai masjid bagi memudahkan penduduk menunaikan solat Jumaat.
Surau Taman Pasak Indah yang dimohon untuk dinaik taraf sebagai masjid bagi memudahkan penduduk menunaikan solat Jumaat.
A
A
A

KOTA TINGGI - Surau Taman Pasak Indah di sini perlu dinaik taraf kepada masjid bagi memudahkan penduduk di taman berkenaan menunaikan ibadat solat Jumaat.

ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari berkata, bilangan penduduk tetap di Taman Pasak Indah kini berjumlah 2,800 orang dengan bilangan rumah yang ada sebanyak 738 buah.

Menurutnya, kesemua penduduk dari taman berkenaan menunaikan solat Jumaat di Masjid Felda Pasak yang mana menjadikan jemaah pada setiap hari Jumaat terlalu ramai.

"Selain itu kita lihat jemaah dari Taman Pasak Indah yang akan menunaikan solat Jumaat berhadapan dengan risiko kemalangan jalanraya kerana terpaksa melintas jalan raya Kota Tinggi - Desaru untuk ke Felda Pasak.

"Kita juga difahamkan ramai pelajar lelaki tidak dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Felda Pasak kerana bapa bekerja diluar kawasan manakala ibu tidak dapat menghantar.

"Sebahagian besar penjaga pula tidak membenarkan anak menunggang motosikal melintasi jalan besar," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, susulan itu beliau telah membawakan perkara itu dalam mesyuarat tindakan daerah semalam bagi memohon agar surau di taman berkenaan dinaiktaraf kepada masjid.

Jelasnya, apa diharapkan perkara berkenaan akan diambil perhatian sekali gus memudahkan penduduk melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam.

Artikel Berkaitan:

"Apabila surau ini telah dinaik taraf, ia juga bakal menjadi tumpuan musafir terutamanya mereka yang menggunakan Jalan Desaru-Kota Tinggi.

"Ia kerana lokasi surau ini antara yang paling hampir dengan jalan besar jadi memudahkan orang ramai untuk berhenti menunaikan solat Jumaat,"katanya lagi.