Sila log masuk terlebih dahulu.

Saifuddin dakwa Sanusi panik, dalam sindrom penafian

04 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Saifuddin dakwa Sanusi panik, dalam sindrom penafian

BERITA MOJO 4 OGOS 2023

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor didakwa berada dalam keadaan sindrom penafian berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Sik, Kedah, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain itu, Muhammad Sanusi juga didapati sudah panik susulan banyak pendedahan berkenaan isu itu dibuat olehnya.

Menurutnya, penafian yang dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu jelas menunjukkan beliau kini terhimpit apabila bukti demi bukti telah didedahkan.

Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/271834/berita/politik/ree-saifuddin-dakwa-sanusi-panik-dalam-sindrom-penafian

Muzik: elevate by www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaMojo #PRN #Sanusi #Kedah #Saifuddin Nasution #REE