Qalbox, Astro tambah lebih banyak rancangan Islamik terbaik

Dari kiri: Nik Emir, Fara, Agnes Rozario dan Shaffiq bergambar pada Majlis Pelancaran Kerjasama antara Qalbox dan Astro di Menara Worldwide pada Khamis. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Dari kiri: Nik Emir, Fara, Agnes Rozario dan Shaffiq bergambar pada Majlis Pelancaran Kerjasama antara Qalbox dan Astro di Menara Worldwide pada Khamis. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

PERKHIDMATAN penstriman kandungan hiburan Islam Qalbox daripada aplikasi Muslim Pro bekerjasama dengan Astro bagi menambah lebih banyak rancangan Islamik terbaik di Malaysia menerusi Astro Ultra dan Ulti Box.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Fara Abdullah berkata, kerjasama itu bagi memastikan kandungan yang disajikan kepada masyarakat Islam mudah diakses dengan lebih luas.

Fara Abdullah
Fara Abdullah

"Ini memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan Islamik global serta yakin bahawa Qalbox menarik perhatian penonton Malaysia selain memberikan pengalaman yang tiada tandingan.

"Kerjasama dengan Astro dapat memperkukuh perkhidmatan Muslim Pro sekali gus meningkatkan akses kepada pengguna,"katanya dalam Majlis Pelancaran Kerjasama antara Qalbox dan Astro di Menara Worldwide yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din pada Khamis.

Nik Emir Din
Nik Emir Din

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar berkata, pengguna boleh mengakses Qalbox secara percuma bermula 3 Ogos dan berakhir pada 26 September 2023 sekali gus menambah jumlah langganan mereka.

Shaffiq Abdul Jabbar
Shaffiq Abdul Jabbar

"Kerjasama ini bertujuan untuk mengubah konsep hiburan penonton Malaysia dengan menyediakan ruang khas buat mereka yang menghargai kepelbagaian budaya dan identiti masyarakat Islam," ujarnya.

Bagi Pengurus Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, kerjasama itu memperluas lebih banyak rancangan berkualiti tinggi.

Agnes Rozario
Agnes Rozario

"Kerjasama ini mampu memperluaskan lebih banyak kandungan rancangan sama ada dalam negara atau antarabangsa," katanya.