PM merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Anwar merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Agong yang ke-64 pada Ahad. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Agong yang ke-64 pada Ahad. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-64, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

"Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya.

"Patik mendoakan ke hadrat ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Dirgahayu Tuanku,” kata Anwar. - Bernama