Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas pemain bola sepak mengaku tidak bersalah selapas didakwa pecah rumah, miliki harta curi

30 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Bekas pemain bola sepak mengaku tidak bersalah selapas didakwa pecah rumah, miliki harta curi

BERITA SEMASA 30 JULAI 2023

Seorang bekas pemain bola sepak Liga Super Malaysia didakwa di Mahkamah Majistret Pontian, pada Ahad, atas tiga pertuduhan membabitkan pecah rumah dan memiliki harta curi pada bulan lalu dan awal bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tertuduh Mohd Azinee Taib, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan serta seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan.

Sebutan kes ditetapkan pada 30 Ogos depan bagi serahan dokumen.

Artikel: https://shorturl.at/oBHNQ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo