Persiapan sambutan Bulan Kebangsaan

A
A
A
Persiapan bagi program memperingati jasa bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sempena sambutan Bulan Kebangsaan sedang giat dijalankan ketika tinjauan di Dataran Merdeka hari ini.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijadual mengadakan satu program bagi memperingati jasa Dr Ismail sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program yang akan dilaksanakan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos, bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan negarawan itu dalam membangunkan negara ini.