Bapa calon Sidam meninggal dunia

Bau Wong Bau Ek
Bau Wong Bau Ek
A
A
A

SUNGAI PETANI - Bapa kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek meninggal dunia pada jam 9 malam tadi.

Bau Wong ketika dihubungi Bernama memaklumkan bapanya, Bau Ek Endin Soon, 87, meninggal dunia akibat penyakit kayap dan demam campak.

Beliau berkata, upacara persemadian akan disempurnakan pada 1 Ogos ini, dengan jasad bapanya ditempatkan di Wat Olak Madu selama dua hari.

"Penghormatan terakhir boleh dibuat sebelum jasad dibawa keluar pada sekian tarikh untuk proses seterusnya,” katanya.

Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan Bau Wong berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu, Juliana Abdul Ghani di kerusi DUN Sidam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - Berna