MB Kelantan beri bayangan pencalonan penggal terakhir

Calon PH, Mohamad Zamakh Sari (kiri) bersama calon Pas, Ahmad Yakob bagi DUN N.03 Pasir Pekan mengangkat tangan selepas pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus SPR di Pusat Penamaan Calon PRN di Dewan Haji Wan Adam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan pada Sabtu. - Foto Bernama
Calon PH, Mohamad Zamakh Sari (kiri) bersama calon Pas, Ahmad Yakob bagi DUN N.03 Pasir Pekan mengangkat tangan selepas pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus SPR di Pusat Penamaan Calon PRN di Dewan Haji Wan Adam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob pada Sabtu memberi bayangan bahawa pencalonannya kali ini merupakan penggal terakhir.

Beliau memberitahu sudah bertanding pada penggal ketujuh untuk kali ini di N03 Pasir Pekan pada Pilihan Raya (PRN) Negeri Kelantan

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pengunduran beliau bagi memberi laluan kepada generasi baharu dalam parti itu untuk bertanding.

"Sebab itu kita sudah memilih lebih 51 peratus calon muda yang juga muka baharu sebagai pelapis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penamaan calon pada Sabtu.

"Dalam Pas kita akan sentiasa ada pelapis untuk memberi maklumat semasa dan mendidik ke arah pimpinan berakhlak, itu yang kita mahu.

"Dalam politik Pas juga memberi peluang kepada ahli yang mampu memimpin untuk berupaya akan ke depan dan tiada 'cah keting' dalam parti ini.

"Bagaimanapun, saya akan berada di 'belakang' parti untuk berjuang bersama-sama," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pertandingan dua penjuru tidak memberi saingan sengit untuk memenangi DUN itu.

"Pas akan mengikut gerak kerja yang sudah disusun supaya semua proses sehingga pertandingan berjalan dengan baik dan mencapai sasaran," katanya.

Ahmad turut menyerahkan pemilihan kepada pengundi yang dianggap sudah matang dalam demokrasi.

"Penamaan calon berjalan dengan baik dan terserah kepada pengundi untuk memilih. Saya harapkan penyokong terbuka penuh demokrasi dan tiada perkara negatif," katanya.

Ahmad akan berdepan calon PKR, Mohamad Zamakh Sari Ibrahim pada PRN pada 12 Ogos nanti.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!