[VIDEO] Bekas guru calon Bebas tunggal di Terengganu

A
A
A

HULU BESUT - Bekas guru, Dr Che Harun Kamariah membuat kejutan apabila menjadi calon Bebas tunggal yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu kali ini.

Kemunculan Che Harun di Pusat Penamaan Calon di Dewan Mercu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong di sini, yang memilih simbol buku itu juga menyaksikan persaingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut.

Selain Che Harun, calon yang turut sah bertanding bagi kawasan itu adalah Mohd Husaimi Hussin daripada Pas dan Datuk Nawi Mohamad daripada Barisan Nasional (BN).

Che Harun (tengah) ketika tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Mercu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut pada Sabtu.
Che Harun (tengah) ketika tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Mercu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut pada Sabtu.

Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut merupakan penyandang DUN Hulu Besut selama empat penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) yang sebelum itu dikuasai Pas selama sepenggal.

Pada PRU14, Nawi menang dengan majoriti 1,469 undi selepas mendapat 8,045 undian, menewaskan Mohd Daik Mohamad daripada parti Pas yang memperoleh 6,576 undi.