PRN: Tiga penjuru di Gombak Setia, Hilman kembali berdepan Megat Zulkarnain

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi calon PH-Barisan Nasional ke pusat penamaan calon di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi calon PH-Barisan Nasional ke pusat penamaan calon di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
A
A
A

GOMBAK - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Gombak Setia menyaksikan persaingan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

BN mempertaruhkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin bagi merampas kerusi yang disandang calon PN, Muhammad Hilman Idham.

Sementara calon Bebas yang turut bertanding di kerusi itu ialah Mohamed Salim Mohamed Ali.

Pengumuman dibuat Pengurus Pilihan Raya N17 Gombak Setia, Mohd Hasrul Hisham Abdullah selepas selesai proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu di sini pada Sabtu.

Kerusi DUN Gombak Setia merupakan antara kerusi panas dalam PRN Selangor kali ini.

Penyandangnya, Muhammad Hilman memenangi kerusi terbabit ketika bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Bagaimanapun, beliau antara wakil rakyat yang menyertai Langkah Sheraton sekali gus untuk bersama-sama PN.

Pada PRU14, beliau memperoleh 24,157 undi menewaskan calon daripada Pas, Hasbullah Mohd Ridzwan (11,758) dan Megat Zulkarnain (BN) yang mendapat 11,113 undi.

Hilman yang juga Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara 27 ahli PKR yang dipecat dan keluar parti apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada 2020. - Awani

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!