Pertembungan dua keluarga ‘Syed’ di DUN Lembah Jaya

DUN Lembah Jaya menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Altimet mewakili PH dan Sharifah Haslizah (PN).
DUN Lembah Jaya menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Altimet mewakili PH dan Sharifah Haslizah (PN).
A
A
A

AMPANG - Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pegawai Pengurus PRN DUN Lembah Jaya, Zafrul Fazry Mohd Fauzi berkata, pihaknya menerima kertas penamaan calon pada tempoh waktu yang ditetapkan.

“Pertama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, masa penyerahan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi daripada parti PH manakala Sharifah Haslizah Syed Ariffin telah mengemukakan borang pada jam 9.06 pagi daripada PN,” katanya sewaktu mengisytiharkan keputusan di Dewan Dato Ahmad Razali, pada Sabtu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa penyanyi rap, Syed Ahmad atau lebih dikenali sebagai Altimet merupakan salah seorang calon yang bertanding bagi PRN Selangor.