Ahmad Razif, Khazan duduk semeja nikmati makan pagi

Ahmad Razif (tengah) duduk semeja dengan Khazan menikmati makan pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik Seberang Takir.
Ahmad Razif (tengah) duduk semeja dengan Khazan menikmati makan pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik Seberang Takir.
A
A
A

SEBERANG TAKIR - Meskipun bakal bersaing mendapatkan kepercayaan rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, ia tidak menghalang Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Khazan Che Mat untuk duduk semeja.

Politik matang ditunjukkan Ahmad Razif yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Khazan, mewakili Perikatan Nasional (PN) dibuktikan apabila kedua-dua calon itu dilihat menikmati makan pagi bersama di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik Seberang Takir, pada Sabtu.

Ahmad Razif yang juga bekas Menteri Besar merupakan penyandang kerusi DUN Seberang Takir sejak 2008.

Beliau mendapat 9,340 undian ketika menentang Mohd Fazil Wahab daripada Pas yang mendapat 7,456 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Bagaimanapun, pada PRN kali ini PN memutuskan untuk meletakkan Khazan bertanding di kawasan kubu kuat BN itu.

Khazan sebelum ini pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika bersama BN sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas PRU14 lalu.