Disangka pengsan rupanya dah tak bernyawa

Mangsa meninggal dunia ketika beriadah di hutan simpan berhampiran Taman Damai Utama, semalam.
Mangsa meninggal dunia ketika beriadah di hutan simpan berhampiran Taman Damai Utama, semalam.
A
A
A
PUCHONG - Seorang lelaki yang disangka pengsan ketika beriadah di hutan simpan berhampiran Taman Damai Utama di sini, rupa-rupanya sudah tidak bernyawa ketika operasi menyelamatkannya dilakukan.

Bomba terpaksa dihubungi untuk membawa mangsa, Chan Wing Yeun, 54, keluar dari hutan berkenaan.

Pegawai Operasi Bomba Zon Petaling, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Zaikunor Afendi Muhammad Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.54 petang semalam.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong ke hutan berhampiran di Jalan DU6 bagi usaha menyelamat mangsa.

"Kami dapati seorang lelaki berusia 54 tahun pengsan di lokasi dan membawanya turun menggunakan pengusung.
Artikel Berkaitan:


"Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.