Calon PH DUN Manir ditukar saat akhir

Seramai sebelas calon PH di Kelantan dan Terengganu menerima watikah pelantikan disampaikan Anwar.
Seramai sebelas calon PH di Kelantan dan Terengganu menerima watikah pelantikan disampaikan Anwar.
A
A
A

KUALA NERUS - Seramai sebelas calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) di Terengganu dan Kelantan menerima watikah pelantikan pada Jumaat.

Watikah itu disampaikan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik kenamaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Anwar menyampaikan watikah kepada calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azan Ismail.

Anwar (kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada calon PRK Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail di bilik kenamaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus pada Jumaat.
Anwar (kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada calon PRK Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail di bilik kenamaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus pada Jumaat.

Dalam pada itu, terdapat perubahan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang ditukarkan pada saat akhir sebelum proses penamaan calon pada Sabtu.

Nama calon yang diumumkan bertanding di Manir pada 22 Julai lalu ialah Mohd Jusoh namun watikah pencalonan diberi kepada calon baharu, Eka Lisut.

Selain Eka, dua lagi nama calon masih kekal seperti yang diumumkan sebelum ini ialah Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali bagi kerusi DUN Wakaf Mempelam dan Osman Umar (Sura).

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Watikah pelantikan turut diberi kepada enam calon PKR dari Kelantan iaitu Zamakh Sari Ibrahim untuk DUN Pasir Pekan, Syed Mohd Alidustur Syed Md Zain (Panchor) dan Ezzat Hanuzi (Chetok).

Tiga lagi calon ialah Naziratul Aina Sayuty (Pasir Tumboh), Kamaruddin Mat Zin (Limbongan), Mohd Shukri Ishak (Mengkebang) dan Zinda Khalil Sastro Hassan (Tanjong Mas).

Sementara itu, Anwar meminta semua ahli akar umbi dan penyokong PH di Terengganu dan Kelantan untuk memperkukuhkan jentera parti dalam menghadapi PRN tidak lama lagi.

Beliau turut menasihatkan semua calon agar berkempen secara sihat untuk memenangi hati pengundi seterusnya mencapai kemenangan yang disasarkan.

Tambah beliau, calon juga tidak perlu terikut-ikut rentak parti lawan untuk menyerang peribadi sesiapa pun, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah sepanjang tempoh berkempen.