57 peratus rakyat Kelantan tidak puas hati - Rafizi

Rafizi
Rafizi
A
A
A
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Lebih ramai rakyat Kelantan meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri yang berada di bawah pimpinan Pas.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli melalui ciapan Twitternya pada Jumaat dan beliau berkata, rakyat Kelantan sebenarnya terbuka untuk perubahan.

Menurut beliau, kenyataan tersebut disokong menerusi kaji selidik yang dilakukan sejak tahun 2016, namun tahun ini mencatat sejarah apabila sebanyak 57 peratus mengatakan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, berbanding dengan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) atau kerajaan lain, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang lebih ramai tidak berpuas hati daripada berpuas hati.

"Kalau ini dapatannya, kerajaan Pas harus fikir sudah 33 tahun mentadbir dengan pimpinan bertukar, adakah keadaan di Kelantan telah berubah dan bertambah baik," katanya.

Pada ciapan sama, beliau turut bertanya adakah rakyat Kelantan telah mendapat yang terbaik dan apakah rancangan ekonomi Perikatan Nasional dan Pas untuk rakyat Kelantan.