Sila log masuk terlebih dahulu.

Firdaus Wong dakwa wujud perbuatan liwat kes amang seksual melibatkan PU Azman

27 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 27 JULAI 2023

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan 'main belakang' atau liwat dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias dengan dua mangsa di rumahnya di Sendayan pada Ogos tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Pada hari keempat perbicaraan itu, beliau yang merupakan saksi ke-10 memaklumkan kepada mahkamah, perkara terbabit diceritakan sendiri oleh kedua-dua mangsa dalam pertemuan yang diadakan di Hotel Acapella, di Shah Alam pada 27 Ogos tahun lalu.

Lelaki berusia 40 tahun itu juga memberitahu yang mangsa menceritakan mereka telah dipujuk oleh tertuduh untuk 'main'.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/270363/Kes-PU-Azman:-Firdaus-Wong-dakwa-wujud-perbuatan-liwat

Muzik: www.bensound.com