Galeri kucing Seri Talam Cat Cafe

A
A
A
Galeri kucing Seri Talam Cat Cafe, dilengkapi penyaman udara, beranda, ruang tamu yang dijadikan ruang permainan, bilik utama yang berfungsi sebagai bilik kuarantin dan tiga bilik lain serta tandas.

Sebanyak 120 kucing yang berada di galeri itu sebenarnya adalah kucing jalanan yang diselamatkan oleh Zaiton Abdul Mayas.

Zaiton, 61, yang merupakan pemilik Seri Talam Cat Cafe di Taman Sri Rampai, Setapak, di sini membuka premis itu sejak 2010 bukan sahaja memberi perlindungan kepada haiwan berkenaan malah pelanggannya dapat menikmati keenakan kuih talam, menu yang menjadi sajian istimewa di kafe terletak di tingkat bawah bangunan itu.