Sila log masuk terlebih dahulu.

Sanusi beri amaran bongkar kerja jahat jika dipakaikan 'baju oren'

27 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 27 JULAI 2023

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bertekad mendedahkan lebih banyak isu salah guna kuasa sekiranya kerajaan ketika ini berhasrat untuk melihat beliau ditahan SPRM.

Memetik Awani, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang juga calon kerusi DUN Jeneri mendakwa kerajaan ketika ini menggunakan kuasa untuk memberikan tekanan terhadap dirinya dan pentadbiran negeri Kedah.

Ujarnya, Kedah tidak pernah berdepan dengan situasi di mana kesemua barisan Exco dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/270291/berita/politik/banyak-kerja-jahat-dibongkar-jika-nak-lihat-saya-digari---sanusi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa