Polis terima laporan salah guna nama isteri TMJ

Tangkap layar muat naik di akaun Facebook palsu menggunakan nama Che Puan Besar Khaleeda.
Tangkap layar muat naik di akaun Facebook palsu menggunakan nama Che Puan Besar Khaleeda.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menerima satu laporan pada Rabu, berhubung penyamaran akaun Facebook menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan berkenaan akaun Facebook palsu itu diterima daripada seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun di Polis Daerah Johor Bahru Selatan pada jam 3.19 petang.

"Pengadu mendapati satu akaun Facebook menggunakan nama Che' Puan Besar Khaleeda itu adalah akaun palsu.

"Selain itu, terdapat keterangan dalam muat naik di akaun Facebook itu yang menggambarkan Che' Puan Besar Khaleeda mempromosikan pendingin hawa dari Jepun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Kamarul Zaman, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu menipu dengan menyamar diri.

"Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyalah gunakan media sosial untuk kepentingan peribadi untuk kepentingan peribadi dan tindakan akan dibuat mengikut peruntukkan undang-undang sedia ada," katanya.