Bekas Rektor KUIS taruhan Pas di Paya Jaras

Ab Halim, Mohd Khairuddin
Ab Halim, Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Profesor Datuk Dr Ab Halim Tamuri diumumkan sebagai calon Pas mewakili Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengisytiharan Calon PN Selangor di Taman Medan pada malam Rabu.

Pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) Pendidikan Islam dari Universiti Birmingham itu akan menentang penyandang yang juga Exco Pembangunan Generasi Muda Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Mohd Khairuddin memenangi kerusi DUN Paya Jaras apabila memperoleh 20,376 undi menewaskan calon BN dan Pas apabila mendapat 12,072 undi majoriti.

BN diwakili Datuk Zein Isma meraih 8,304 undi dan calon Pas, Hanafi Zulkapli pula mendapat 6,042 undi.