Ekonomi Madani dilancarkan esok

Poster pelancaran Ekonomi Madani yang akan dilancarkan oleh Anwar esok.
Poster pelancaran Ekonomi Madani yang akan dilancarkan oleh Anwar esok.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan naratif ekonomi yang dikenali sebagai Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat esok.

Menerusi hantaran di laman sosialnya, Anwar berkata, naratif itu menjadi pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

"Nantikan, Insya-ALLAH," katanya pada Rabu.

Pelancaran Naratif Ekonomi Madani itu akan diadakan jam 9 pagi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur.

Pada Jun lalu, Anwar berkata naratif itu akan melaksanakan kerangka besar, umum dan disusuli dengan beberapa tiang nadi ekonomi yang akan dijelaskan secara berperingkat.