Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung

Anggota Maritim Zon Sedili mayat lelaki terbabit ke jeti Zon Maritim Tanjung Sedili dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut. - Foto: Maritim Zon Sedili
Anggota Maritim Zon Sedili mayat lelaki terbabit ke jeti Zon Maritim Tanjung Sedili dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut. - Foto: Maritim Zon Sedili
A
A
A

KOTA TINGGI - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di perairan Sedili Kechil pada Isnin.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam, mayat berkenaan ditemui sekitar jam 1.08 petang kira-kira 23.4 batu nautika dari perairan Sedili.

"Kita terima maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada bot nelayan tempatan yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan kawasan terbabit.

"Sebaik menerima maklumat, Bot PETIR 50 yang sedang melaksanakan operasi telah digerakkan ke lokasi bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci," katanya

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, mayat lelaki yang lengkap berpakaian dengan baju berwarna hitam berbelang merah dan berseluar pendek warna hitam itu ditemui dalam keadaan terapung.

"Mayat tanpa identiti itu kemudiannya dibawa ke jeti Zon Maritim Tanjung Sedili dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan terus kepada Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili di talian 07–8916591,"ujarnya.