Program Tautan Kasih Penggerak Kelestarian Kewangan Islam

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam, Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia (PACE UUM) menganjurkan Program Tautan Kasih Penggerak Kelestarian Kewangan Islam di Madrasah Misbah Al-Falah, Baling baru-baru ini.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam, Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia (PACE UUM) menganjurkan Program Tautan Kasih Penggerak Kelestarian Kewangan Islam di Madrasah Misbah Al-Falah, Baling baru-baru ini.
A
A
A

BALING - Seramai 39 pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam, Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia (PACE UUM) menganjurkan Program Tautan Kasih Penggerak Kelestarian Kewangan Islam bagi memperkasakan pengetahuan berkaitan perbankan Islam dalam kalangan pelajar, warga pendidik dan masyarakat setempat baru-baru ini.

Pengarah PACE UUM, Prof Madya Dr Herman Shah Anuar berkata, penganjuran program ini secara tidak langsung menggalakkan masyarakat dalam menggunakan perkhidmatan perbankan Islam berbanding perbankan konvensional.

Menurutnya, pelajar yang terlibat berkongsi ilmu pengetahuan mengenai produk perbankan dan kewangan Islam menerusi pameran reruai yang disediakan sepanjang program di Madrasah Misbah Al-Falah, dekat sini.

"Antara pameran reruai yang menarik dan padat dengan informasi adalah Reruai Produk Perbankan Islam, Reruai Produk Hibah dan Takaful, Reruai Aktiviti Santai dan Reruai Amaran Scam.

"Inisiatif Program Tautan Kasih Penggerak Kelestarian Kewangan Islam ini mencapai objektif Mahasiswa dan Mahasiswi PACE UUM untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan melalui perkongsian ilmu yang dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat," katanya.

Program tersebut dimeriahkan lagi dengan penyertaan Pensyarah Kanan UUM, Mohd Saharudin Shakrani selaku panel jemputan dalam sesi Bual Bicara Perancangan Kewangan bertajuk Milenial Bijak Kewangan Islam.