Dron penyembur racun dan benih

A
A
A
Petani dari Kampung Teluk Tawar dekat Yan yang mengusahakan sawah padi sejak 12 tahun lepas Mohammad Hafidz Ismail, 39, menyediakan perkhidmatan menyembur racun dan benih

untuk tanaman padi menggunakan dron di Kampung Teluk Tawar, Yan. Katanya sebelum ini beliau mengusahakan sendiri sawah padi dengan hanya bekerja mengambil upah buat kerja untuk

sawah orang lain sebelum tertarik untuk melakukan sendiri kerja sawah dengan bermula 0.6 hektar sawah sahaja pada ketika itu. Mohammad Hafidz berkata kejayaannya itu berikutan

sokongan dan bimbingan daripada pihak kerajaan melalui MADA, seperti bantuan baja dan racun serangga perosak bersubsidi selain mendapat tunjuk ajar mengenai pengurusan sawah yang

efisien dan efektif. Beliau turut menyambut baik inisiatif kerajaan kini, untuk mengusahakan penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun, kerana ia dapat meningkatkan pendapatan

petani yang mengusahakan sawah berskala kecil.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kapal Layar Tradisional Cina 'Fu Ning'

No Image Caption
GALERI

Kinder Arts by Special Artists

No Image Caption
GALERI

Bunga pokok Tecoma berkembang mekar

No Image Caption
GALERI

Geng kaki Catur jalanan