Malaysia catatkan pertumbuhan ekonomi suku pertama paling tinggi

Anwar
Anwar
A
A
A

MACHANG - Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling tinggi untuk suku pertama tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumbuhan itu lebih tinggi berbanding negara jiran Singapura dan Indonesia termasuk China.

"Pelaburan berjumlah RM71 bilion, saya pergi ke negara China RM170 bilion.

"Tiga hari lalu sebuah syarikat automobil terbesar dunia tulis surat kepada saya sepuluh halaman bagi tahu nak labur antara RM10 hingga RM40 bilion di Tanjong Malim," katanya semasa berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Pusat Transformasi Ilmu Kampung Cherang Bukit Tiu, di sini pada Ahad.

Menurut beliau, Elon Musk individu paling kaya di dunia sedia membuka pejabat di Cyberjaya.

Katanya, semua ini hasil kestabilan kerajaan yang mentadbir negara pada hari ini.