'9 Mei bukan sekadar ulang tahun'

Status dimuatnaik Lip Eng di Facebook sempena ulang tahun pertama kerajaan PH pada 9 Mei ini
Status dimuatnaik Lip Eng di Facebook sempena ulang tahun pertama kerajaan PH pada 9 Mei ini
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tarikh 9 Mei bukan sekadar sambutan ulang tahun pertama pentadbiran PH tetapi juga peringatan untuk kesemua menteri kabinet melaporkan prestasi masing-masing.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, demikian menerusi satu status yang dimuat naik di Facebook miliknya hari ini.

Menurutnya, kesemua menteri perlu melaporkan secara jujur apa yang telah mereka lakukan untuk rakyat, menilai semula bagaimana mereka memperbaiki kehidupan rakyat termasuk kejayaan dan kegagalan mereka dalam menjalankan tugas.

"9 Mei bukan sekadar hari untuk memperingati kejayaan PH menukar kerajaan kleptokrasi terdahulu dan mentadbir kerajaan baharu.

"Rakyat kini memerhati kerajaan baharu dan sedang berkira-kira sama ada mereka mahu mengundi PH lagi pada pilihan raya umum akan datang atau tidak," katanya.

Lip Eng berkata, tiada keraguan bahawa pemimpin PH sentiasa mahu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta memajukan negara, namun belum dapat menterjemahkan pemikiran serta niat mereka untuk bertindak.

"Kita masih mempunyai baki empat tahun lagi sebelum PRU15. Saya berdoa PH terus berada di landasan yang betul dan dapat memberi khidmat kepada rakyat untuk tempoh lebih lama lagi. Selama ulang tahun pertama kerajaan PH!," katanya.

Artikel Berkaitan: