Tujuh penumpang selamat nahas helikopter di Subang

helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terlibat dalam nahas di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terlibat dalam nahas di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tujuh penumpang termasuk juruterbang selamat selepas helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terlibat dalam nahas di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Kapten Norazman Mahmud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.52 pagi ketika helikopter jenis Leonardo SpA AW189 itu menjalani ujian penerbangan.

“Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera terhadap insiden tersebut.

“Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter tersebut dan semuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya salam satu kenyataan.

Norazman menjelaskan, siasatan lanjut akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.