SPRM tahan reman seorang lagi suspek kes REE

Seorang lagi suspek kes REE berusia 50-an ditahan SPRM bagi membantu siasatan.
Seorang lagi suspek kes REE berusia 50-an ditahan SPRM bagi membantu siasatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pembantu kepada pemilik syarikat bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 10 malam Khamis di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, perintah reman selama empat hari bermula Jumaat sehingga 24 Julai telah dikeluarkan oleh Majistret M Mageshwary, selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi Jumaat.

Menurutnya, di mahkamah majistret yang sama, SPRM turut mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang lagi suspek wanita yang juga pengarah syarikat selama dua hari sehingga Ahad ini.

Seorang wanita berjawatan pengarah syarikat disambung reman selama dua hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes REE di Kedah.
(Mohon kaburkan wajah suspek.. terima kasih)
Seorang wanita berjawatan pengarah syarikat disambung reman selama dua hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes REE di Kedah. (Mohon kaburkan wajah suspek.. terima kasih)

"Suspek wanita tersebut sebelum ini direman selama tiga hari sehingga hari ini (Jumaat), manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang direman sebelum ini telah dibebaskan pagi ini," katanya pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.