Sila log masuk terlebih dahulu.

[LIVE] P-hailing: Ke mana hala tuju?

18 Julai 2023 | Wacana
A
A
A
Penghantar p-hailing kini adalah antara tulang belakang bagi ekonomi gig dengan ramai pihak bergantung kepada perkhidmatan ini.

Namun, ada isu yang perlu diselesaikan segera, khususnya aspek keselamatan dan kebajikan dan sama ada kerajaan mampu menangani isu-isu ini dengan betul tanpa mengekang pembangunan industri yang membawa kepada soalan, ke mana hala tuju p-hailing?

Segalanya akan diulas secara lebih terperinci oleh moderator, Ismail Adnan bersama tiga panel-panel arif, bekas Ketua Bahagian Polisi & Perancangan, Kumpulan Operasi, SPAD, Wan Agyl Wan Hassan; Penasihat Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Bryan Ng Yih Miin dan Ikmal Shahrin Zulkipli selaku Pengerusi Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia.

Saksikan secara langsung Wacana Sinar bertajuk 'P-Hailing: Ke mana hala tuju?' di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

Youtube: https://www.youtube.com/live/pFi93Z_tnlM?feature=share

Facebook: https://fb.watch/lSg0gz1Qao/

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1681280123981697024

#WacanaSinar

#SinarUntukMalaysia

#SinarHarian