Sila log masuk terlebih dahulu.

Peniaga pakaian mengaku tidak bersalah miliki dua keping wang RM100 palsu

18 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Peniaga pakaian mengaku tidak bersalah miliki dua keping wang RM100 palsu

BERITA MOJO 18 JULAI 2023

Seorang peniaga pakaian secara atas talian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai pada Selasa, atas tuduhan memiliki dua keping wang kertas RM100 palsu pada awal bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tertuduh, Cheoh Chuan Wang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu bersama seorang suspek yang masih bebas didapati memiliki dua keping RM100 palsu dengan niat hendak menggunakannya sebagai wang tulen.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/268816/berita/semasa/peniaga-online-didakwa-miliki-dua-keping-rm100-palsu?fbclid=IwAR1m9PQ2wVuloBRv81v1CoWwWMUjbhy7eRFDkVTmInIVhv5xeDAjPHCFAbI

#SinarHarian #BeritaMojo