Projek Laluan Rel Pantai Timur

A
A
A

Kerja-kerja pembinaan di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Tunjong, di sini, sedang giat dilakukan ketika tinjauan Bernama.

Kerajaan mahu perancangan teliti dilakukan bagi memastikan projek ECRL yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi menjadi pemangkin perubahan di Pantai Timur khususnya Kelantan.

Projek kerajaan persekutuan itu telah menyaksikan penglibatan lebih 2,100 syarikat tempatan terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal sejak 2017 hingga suku pertama tahun ini.