Karnival Usahawan Desa

A
A
A
Pelbagai gerai makanan dan minuman dibuka pada program Karnival Usahawan Desa (KEDA) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dataran Amanjaya Mall hari ini.

Orang ramai yang mengunjungi Mini KUD sehingga esok, berpeluang menikmati baucer penggalak jualan bernilai keseluruhan berjumlah RM30,000 yang akan diberikan secara percuma.

Pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar di hadapan reruai Tourism Malaysia.

Pemilik Crab Farm Kubag Badak, Sabri Musa, 45, menunjukkan ketam yang dipamerkan pada Mini Karnival Usahawan Desa (KUD).

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka melihat perusahaan ketam di tapak pameran ladang ketam.

Pemilik Madu Kelulut Bendang Man, Nurul Aida Ashari, 23, menunjukkan sarang madu kelulut

Mini karnival itu memberi peluang lebih 100 usahawan yang rata-rata usahawan desa dari luar bandar seliaan pelbagai agensi di bawah KKDW menjual pelbagai makanan dan minuman, selain jualan pakaian, kraftangan dan produk pertanian.