Sila log masuk terlebih dahulu.

'Rumah saya RM1 juta sahaja, bukan RM7.8 juta' - Abang Sanusi

14 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 14 Julai 2023

Rumah banglo milik abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kampung Batu Lapan di Sik, Kedah bernilai kira-kira RM1 juta bukannya RM7.8 juta seperti dakwaan sesetengah pihak.

Perkara itu disahkan sendiri pemilik, Shabudin Md Nor yang kini tinggal di sebuah rumah pusaka milik keluarga isteri, setelah bapa mentua meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Menurut Shabudin, mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Sungai Petani, mengambil keputusan berpindah ke Sik bagi menemani ibu mertua.

Bagaimanapun, Shabudin menjelaskan, rumah banglo itu dibina hasil daripada titik peluh kerjaya sebagai penyelam dasar laut dan tiada kaitan dengan Muhammad Sanusi.

Ketika diminta menjelaskan berhubung gaji yang diperolehi sebagai penyelam, dia enggan berkongsi lanjut namun, menjelaskan sering dibayar melalui dolar AS.

Jelasnya, banglo berkenaan baharu sahaja siap dan mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah tersebut selewat-lewatnya hujung Julai ini.

Shabudin turut mengakui sebagai anak kedua daripada 13 beradik, sedikit sebanyak telah membantu kedua ibu bapa menyara persekolahan adik yang lain.

Apabila ditanya reaksinya setelah cerita pembinaan banglo itu tular, jelasnya, tiada apa yang lebih penting sedangkan semua harta dimiliki ini hanya pinjaman sementara dari-Nya.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian